Khamis, 13 Julai 2017

Bisik Pada Allah

Drama ini mengesahkan seorang isteri  bernama Kiah yang mempunyai suami tidak bekerja dan sering dipukul oleh suaminya.  Kehidupan mereka ditanggung oleh adiknya Mira yang masih belum berkahwin lagi. Kiah seorang yang pandai memasak dan makanannya amat digemari dan dirindui oleh anak-anaknya yang tinggal di bandar dan adiknya juga amat menyukai masakan kakaknya.  Kiah seorang yang bertanggungjawab dan sabar dalam menjaga ibunya yang lumpuh.

Selepas kematian suaminya, Kiah telah bekerja dan menyebabkan adiknya Mira berasa kecewa kerana tidak lagi dapat merasai masakan kakaknya.  Dalam keadaan Mira menyara keluarga kakaknya, rupanya mempergunakan kakaknya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, anda boleh tonton dengan klik di sini Bisik Pada Allah

Barisan pelakon drama Bisik Kepada Allah terdiri daripada Adiba Noor, Ziana Zain dll dan di bawah arahan Rashid Sibir.






Selasa, 11 Julai 2017

Syurga Yang Tidak Dirindui

Drama ini amat bagus sekali dengan lakonan yang natural mengisahkan kehidupan berkeluarga yang bahagia.  Drama ini juga menceritakan tentang perasaan seorang suami, isteri dan juga anak. Seorang suami yang terpaksa berkahwin dua demi menyelamatkan satu nyawa amat disanjung tinggi tetapi menjerat diri sendiri kerana tidak direstui oleh isterinya.


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui kisahnya boleh klik di sini

 Syurga Yang Tidak Dirindu





Catatan:


Drama Syurga Yang Tak Dirindui diarahkan oleh Manoj Punabiand telah diterbitkan pada 15 Julai 2015.  Drama ini telah dilakonkan dengan gandingan padu oleh pelakon Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang dan Zaskie Adya Mecca.  Filem ini diadapatasikan dari sebuah novel yang popular dari seorang penulis yang bearnama Asma Nadia
.